Khamis, 9 Oktober 2014

KEHIDUPAN... SERONOK ... BOSAN...

Kehidupan mestilah berkaitan dengan hidup kan. Sejauh mana kita mencari erti kehidupan dalam diri kita. kata orang kehidupan yang bererti mestilah dipenuhi dengan keseronokkan.. Betul ke?

kehidupan yang hanya di isi dengan keseronokkan bukan lah satu kehidupan yang penuh bermakna.. hidup mestilah di isi dengan sesuatu yang beerti dan bermakna .. dan paling penting, kita harus ingat kenapa kita dilahirkan didunia ini dan di berikan kehidupan atau cara hidup yang berbeza..

Apa tujuan utama kita dilahirkan ke muka bumi ini.. jadi, jika kita rasa kita adalah HAMBANYA, kehidupan yang kita lalui akan lebih bermakna.. tidak akan ada istilah BOSAN dalam kehidupan kita, kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah...



Isnin, 1 September 2014

MUSIBAH KER DUGAAN !!?

2 september 2014...

Alhamdulillah.. sudah masuk bulan zulkaedah pun kita kalau mengikut kelendar islam. Ini bermakna kita sebagai umat islam telah pun selesai menjalani ibadah puasa di bulan ramadan dan telah menyambut syawal sebulan lamanya..

Intro... boring !!!
Kata ulamak, jika Allah s.w.t menguji kita dengan pelbagai dugaan, ini bermakna Allah s.w.t sayangkan kita.  Dan Allah s.w.t tidakkan akan menguji hambanya melebihi kemampuan atau batasan hambanya dalam menerima ujiannya..

Bulan ramadan tahun ini, buat pertama kalinya aku melakukan ibadah puasa bersama suami tercinta.. alhamdulillah.. sedikit dugaan akan mematangkan kita sebagai hambanya supaya kita tidak akan lupa kepadaNya...

Puasa tahun ini memang sangat menguji kesabaran dan kecekalanku sebagai seorang isteri dan juga seorang pekerja... sebagai isteri, aku perlu menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk aku dan juga suami.. kadang kala, rasa teramat penat untuk melakukan tugasan itu, dengan kerja pejabat yang menimbun, manakan tidak aku terpaksa melakukan kerja untuk 2 orang sekali gus.. balik dalam waktu hampir satu jam hendak berbuka... macam tidak cukup nafas berkejar untuk masak untuk waktu berbuka (almaklum saha lah, bos tidak memahami keadaan staff, sebab dia pun berbuka......) biarlah Dia sahaja yang tahu... keadaan en. Suami yang tidak sihat kerana telah kemalangan 2 minggu sebelum puasa, yang mana jari kakinya telah patah, (menyukarkan pergerakkan, siap pakai tongkat lagi) membuatkan aku perlu memikul semua tugasan sepanjang bulan puasa sendirian... itu pun dah angkut en, suami ke rumah kat seremban... al-maklum sajalah, kalau nak ulang alik setiap hari, alamaknya suami aku makan roti kering jer le untuk berbuka..

Alhamdullilah, walaupun berbagai dugaan yang datang, bulan ramadan sempurna dilaksanakan.. dan alhamdullilah, tahun ini raya kat kampung kita...