Selasa, 24 Disember 2013

KELANTAN vs. PAHANG

Entry bukan main lagi jah...!

Ini bukan permainan bola Kelantan lawan Pahang ye.. hehehe... nak kongsi sikit pengalaman sepanjang majlis bersejarah dalam hidup kita. Alhamdulillah, jodoh dah sampai, rezeki pun ada sikit sikit, akhirnya pada 23hb Nov 2013 kami telah diijab-kabulkan di Masjid Chabang Empat, Tumpat Kelantan berwalikan adik kita Mohd Faizul Nazeri...

Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz, kita sah bergelar isteri kepada Mohd Faizalruddin B. Mohd Noor. Dengan pelbagai dugaan yang datang sepanjang 3 bulan persediaan majlis, akhirnya pada 21hb Dis. 2013, majlis kami selesai dengan majlis bertandang kerumah pihak buah hati kita tu kat Kg. Bukit Kuantan Pahang.

Walaupun pada awalnya majlis nampak begitu sukar untuk dijalankan, tapi berkat usaha, sabar dan tawakal, akhirnya majlis berlangsung dengan lancar.
(Walau dijangka hujan dan banjir akan melanda, tapi syukur kepada Yang Maha ESA, cuaca pada hari tersebut, panas dan sedikit gerimis..)

Sedikit potret untuk tatapan kenkawan..

Selasa, 17 Disember 2013

PENGALAMAN MEMATANGKAN HIDUP KITA

Matangnya setiap tingkah laku dan pemikiran seseorang itu melalui pengalaman hidup yang pernah mereka tempuhi..selain dari tahap pembacaan seseorang itu.

Pengalaman mengajar kita erti hidup yang sebenar. Pengalaman mengajar kita erti kekuatan, ketabahan, kesabaran dan yang paling penting pengalaman itu adalah satu sejarah tentang kehidupan yang kita lalui..

Setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan yang berbeza. Bak kata orang; "ALLAH  tidak akan menguji hambanya lebih daripada tahap kemampuan mereka untuk menerimanya". Ayat yang bisa aku dengar dari mereka yang hanya melihat, dan tidak pernah mengalami dugaan  yang sama dengan kami adik beradik.

Ujian yang datang bukanlah sesuatu yang ringan, bukan sesuatu kehilangan sementara tetapi kehilangan yang kekal abadi.. selamanya..

Tujuh tahun hidup tanpa ayah dan ibu dan kehilangan abang-abang penguat semangat  bukanlah sesuatu yang amat biasa. Hanya Allah saje yang tahu betapa tanggungjawab sebagai ibu, ayah, abang dan kakak harus digalas oleh aku.. ujian yang tidak pernah kurang, adik yang ke2, juga ditimpa sakit buah pinggang.. hidup cukup sengsara.. bagai tidak mampu di tanggung lagi..

Kami adik beradik tetap berusaha hidup dengan menumpang kasih sayang dengan insan yang sudi menghulurkan kasih itu..tapi sejauh mana kasih sayang yang dihulurkan sekiranya hanya rungutan dan cacian yang biasa adik adik terima dari mereka. Ikhlaskah mereka memelihara anak anak yatim seperti adik adik aku?

Isnin, 9 Disember 2013

Citra hidup aku...

1.

Sekarang pukul 10.30 malam. Badan rasa penat tapi tak boleh tidur lagi. Bukan tak mengantuk tetapi sedang menunggu dan sambil itu dengar tok imam muda sedang mengaji quran untuk arwah adik aku yang baru sahaja meninggal pada 8hb oktober lepas.

Aku nak berkongsi cerita kisah hidup aku..mungkin bagi sesetengah orang ia sebuah kisah yang menyedihkan, dan mungkin sesetengahnya merasa aku hanya mahu menunjuk-nunjuk.

Setiap insan ingin mempunyai sebuah keluarga bahagia.. sama jugak dengan aku.. walau hanya lahir dalam sebuah keluarga yang sederhana, dan mempunyai adik beradik yang ramai, ianya bukan la menjadi satu masalah untuk ayah dan ibu aku untuk mendidik kami menjadi manusia yang berguna.
Jom berkenalan dengan family aku yang cukup besar nie. Aku anak yang ke 4 dalam keluarga..dan aku dikelilingi oleh 8 orang bidadara...hahaha..3 orang abang dan 5 orang adik lelaki.. means aku the one and only girls in the family selain ibu aku la kan yang aku panggil mek. 1st abang nama yusri, kita orang panggil abe je. 2nd khusairi, panggil abe yie and 3rd aswari, panggil wari je.. 1st adk aku faizul nazeri panggil joe (yang nie beza umur ngan aku dalam 5 tahun). 2nd adik sharul amri panggil yoe, 3rd adik panggil keri, 4th adk panggil amir, and yang bongsu panggil ayie.

Rabu, 11 September 2013

Kenangan zaman sekolah rendah

Radio hot.fm tengah berkumandang dalam kereta. Sambil mendengar suara AG, Farah dan Faizal berceloteh berkaitan adik adik yang sedang menduduki UPSR hari ini, boleh pulak terimbau kenangan masa sekolah rendah dulu dulu... nasib baik tak banyak kereta atas jalan raya tu, kalau tidak memang kena hon memanjang. Nak buat macam mana tengah memandu pun boleh berangan...

Mula mula cuba nak ingat lagu sekolah. Tapi memang gagal la.. dah lupa macam mana lagu tur...
Lepas itu cuba nak ingat nama nama cikgu yang pernah mengajar masa sekolah rendah dulu.

Ingat lagi rupanya, tapi tak kesemua nama cikgu yang mengajar. Cikgu Roshana, merangkap guru kelas, sains, matematik, muzik dan guru pjk. Cikgu Nik Amin guru bahasa melayu, cikgu Abd. Aziz cikgu matematik darjah 6, Ust. Ahmad, cikgu pend. Islam. Alamak.. ramai lagi cikgu sekolah rendah yang dah lupa..
Anak murid pun lupa nama cikgu yang tak sampai 20 orang. Macam mana pula dengan cikgu.. mestilah cikgu cikgu tur tak akan ingat nama anak murid yang ramaikan...

Isnin, 2 September 2013

Salam Perkenalan...♥♥♥

Assalamulaikum...

3 sept 2013, my 1st entry ....

Jari jemari ku yang tak berapa runcing ni tetiba gatal jer nak men 'download' aplikasi blogger nie... sblm nie biasa jer layan blog2 penulis (novel), tp tak terdetik la nak buat blog...

Sebenarnya bagus juga melayan benda cam gini dari duk melepak buat ketupat yang entah bila nak siapkan.

So,here i'm.... salam perkenalan buat semua...